Saturday, December 27, 2008

Pertandingan Mewarna.





Saya dan keluarga pergi ke MITC untuk mewarna.Saya dan adik-beradik menyertai pertadingan mewarna. Selepas itu kami pun mewarna. Selepas habis mewarna kami semua kena jawab soalan matematik. Selepas menjawab soalan matematik kami hantar ke Pihak Penganjung. Selepas itu saya tunggu keputusan. Selepas menunggu keputusan saya pun kalah.Saya sungguh sedih.

Friday, December 26, 2008

MENARA TAMING SARI



Saya dan keluarga pergi ke MENARA TAMING SARI pada waktu malam.Selepas itu abang saya beli tiket. Selepas beli tiket kami pun naik MENARA TAMING SARI. Selepas itu MENARA TAMING SARI itu pun naik. Sampai diatas, saya dapat melihat pemandangan bandar Melaka pada waktu malam. Pemandangan sangat cantik.Saya sungguh gembira. Selepas itu kami mengambil gambar di Eye on Melaka pula. Terdapat banyak lampu - lampu yang cantik di situ.

Tuesday, December 23, 2008

Hadiah Kecermerlangan


Pada 8 November 2008,saya telah menerima hadiah kerana saya telah mendapat tempat PERTAMA dalam peperiksaan akhir tahun Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Tasik Utama. Saya menerima sebuah beg sebagai hadiah. Saya sungguh gembira. Dalam majlis itu,abang saya telah membuat persembahan choral speaking sebagai konduktor.
Pada 12 November 2008,saya telah menerima dua hadiah pada Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh. Saya telah mendapat hadiah untuk matapelajaran terbaik MATEMATIK kerana saya mendapat 100 markah dalam peperiksaan akhir tahun. Saya juga mendapat hadiah PENINGKATAN TERBAIK. Saya sungguh gembira dan akan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat hadiah lagi pada tahun hadapan.

Monday, December 22, 2008

Tentang Hamsterku


Semasa hari jadi saya ayah saya membeli dua ekor hamster. Seekor bernama STACY dan seekor lagi bernama MILA. STACY berwarna pic dan putih dan MILA berwarna coklat. Ayah membeli sangkar yang cantik berharga RM45.00,makanan dan shampoo. Setiap hari saya memberi mereka makan. Setiap tiga hari sekali saya membersihkan sangkar dan memandikan mereka. Saya sayang mereka kerana mereka comel. Saya membawa mereka ke rumah datuk dan nenek saya di Kuala Sungai Baru. Semasa nenek hendak mengambil STACY,dia telah menggigit jari nenek. Saya juga membawa mereka ke Taiping,Kelantan dan Terengganu. Pada hari Rabu,17 Disember 2008,STACY dan MILA telah hilang. Semasa saya hendak keluar berjogging,saya dapati pintu sangkar mereka telah terbuka. Saya tidak tahu apa yang telah terjadi dengan mereka. Mungkin mereka telah lari atau di makan kucing. Saya mencari mereka tapi tidak jumpa. Saya sungguh sedih kerana kini hanya tinggal sangkar mereka sahaja. Saya telah kehilangan hamsters yang saya sangat sayangi.

Sunday, December 21, 2008

Terengganu: 4 & 5th December 2008


Saya dan keluarga pergi ke Terengganu. Pada waktu petang kami sekeluarga pergi ke Dataran Shahbandar untuk menyaksikan pertandingan Monsoon Cup.Pada waktu malam kami sekeluarga pergi ke Dataran Shahbandar untuk menyaksikan Konsert nyanyian dan artisnya ialah Nabil,Nubhan,Mila,Stacy,Dafi,Hattan dan Amy Search. Keesokkan harinya kami sekeluarga pergi ke Taman Tamadun Islam,Masjid Kristal,Pasar Payang,dan selepas itu kami makan nasi dagang,keropok lekor dan sata.Pada waktu petang kami sekeluarga pergi ke Pantai Bt Buruk dan saya naik kuda dan selepas itu kami berjalan di tepi pantai.Saya sungguh gembira. Pada 5 hari bulan kami sekeluarga pun balik ke Melaka.

Friday, December 19, 2008

Hari kedua.


Saya bangun pagi dan sarapan pagi. Selepas itu saya dan keluarga pergi ke Pengkalan Kubur dan membeli belah. Selepas itu saya dan keluarga melawat dan mengambil gambar di Wat Buddha. Selepas itu kami makan nasi kukus. Selepas itu kami melawat dan mengambil gambar di Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Kami pergi ke Pasar Siti Katijah dan membeli kain batik sutera,sampin songket dan keropok . Setelah penat kami balik ke apartmen untuk berehat.

Sunday, December 14, 2008

Kelantan Darul Naim: 1-3 Dec 2008

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.


Saya dan keluarga pergi ke Kelantan. Sehari sebelum itu kami balik ke Taiping. Kami bertolak dari Taiping pada pukul 9:00 pagi. Kami melalui Lebuhraya Timur-Barat. Kami melalui Pekan Grik danTasik Banding. Kami juga merentasi Banjaran Titiwangsa. Pemandangannya sungguh indah. Kami melalui Pekan Jeli, Tanah Merah dan sampai ke Kota Bharu pada pukul 4:00 petang. Pada hari itu hujan turun dari petang sehingga malam. Jadi kami hanya berehat di dalam apartment di tingkat 12. Saya berkongsi bilik dengan abang saya. Saya sungguh gembira.

Saturday, November 29, 2008

PORT DICKSON 25-28 November 2008




Saya pergi ke Port Dickson bersama keluarga saya. Kami menginap di hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Saya dan adik-beradik saya berenang di kolam renang pada setiap pagi. Pada waktu petang, kami sekeluarga berjalan-jalan di tepi pantai. Saya berenang dan mencari kepah. Saya rasa sungguh gembira. Saya berharap saya dapat ke Port Dickson lagi.

Thursday, November 27, 2008

Hi and welcome

My name is Muhammad Hanif Izzuddin b. Norazhar. I am eight years old. My hobby is reading. My favourite food is Nasi Pattaya. I like Milo ice. I enjoy watching Astro Ceria. I also love Digimon and Loopdidoo. I am learning how to surf the internet. This is my first blog.