Wednesday, January 28, 2009

HARI KELUARGA.


Pada 24 Januari 2009 kami sekeluarga pergi ke Port Dickson untuk Hari Keluarga. Kami sekeluarga pergi ke sana selama 3 hari. Saya dan keluarga sampai di Port Dickson pada pukul 10:00pm. Kami menginap di Rumah Peranginan TNB. Semua keluarga sebelah ayah saya iaitu Mak Yong,Pak Anjang,Pak Andak,Mak Nyah,Mak Chik dan Opah serta keluarga masing-masing. Kak Nini,Abang Nas,dan Kak Jijah juga datang. Saya berjumpa dengan sepupu-sepupu saya seperti Syaza,Farhan,Shariffudin,dan abang-abang lain. Keesokan harinya, adik-beradik saya mandi kolam dan laut tetapi saya demam selama 2hari. Jadi saya bermain games di bilik permainan dan menggunakan laptop ayah. Saya juga duduk di dalam khemah di pantai. Pada hari ke 3,barulah saya dapat berenang dan bermain gelongsor. Saya sungguh gembira.

Friday, January 16, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH.


Pada cuti ayah dan mak saya belikan baju dan beg baru yang berwarna coklat. Saya sungguh gembira. Hari ini pertama sekolah. Adik-beradik saya pergi ke sekolah. Abang saya,Hafiz bersekolah di SMAK Ayer Keroh. Saya,Hazim adik saya, Haziq abang saya bersekolah di SKAK Ayer Keroh. Di sekolah saya berjumpa dengan kawan-kawan seperti Khairul,Farhan,Luqman dan Raziq. Saya masuk kelas 3 Bijak.Guru kelas kami ialah Cikgu WAN AHMAD SYUKRI BIN AHMAD. Saya duduk dengan Khairul dan Farhan. Azam pada tahun 2009 ialah untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat nombor 1-10. Pada petang saya pergi ke sekolah Agama. Saya masuk kelas 3Alif dan guru kelas kami ialah Ustaza Ikhfah. Saya duduk dengan Izad. Azam pada tahun 2009 ialah mengekalkan nombor satu.