Wednesday, January 28, 2009

HARI KELUARGA.


Pada 24 Januari 2009 kami sekeluarga pergi ke Port Dickson untuk Hari Keluarga. Kami sekeluarga pergi ke sana selama 3 hari. Saya dan keluarga sampai di Port Dickson pada pukul 10:00pm. Kami menginap di Rumah Peranginan TNB. Semua keluarga sebelah ayah saya iaitu Mak Yong,Pak Anjang,Pak Andak,Mak Nyah,Mak Chik dan Opah serta keluarga masing-masing. Kak Nini,Abang Nas,dan Kak Jijah juga datang. Saya berjumpa dengan sepupu-sepupu saya seperti Syaza,Farhan,Shariffudin,dan abang-abang lain. Keesokan harinya, adik-beradik saya mandi kolam dan laut tetapi saya demam selama 2hari. Jadi saya bermain games di bilik permainan dan menggunakan laptop ayah. Saya juga duduk di dalam khemah di pantai. Pada hari ke 3,barulah saya dapat berenang dan bermain gelongsor. Saya sungguh gembira.

No comments: