Thursday, April 2, 2009

Konsert Symphony



Pada 21/3/2009 tuisyen piano saya mengadakan Konsert di Panggung Seri Taman Budaya{Ayer Keroh}. Konsert saya bermula pada pukul 7:30pm. Sebelum Konsert itu bermula, saya berlatih nyanyi dan lain-lain. Saya berlatih pada pukul 10:00pm-2:00pm. Selepas itu saya balik rumah untuk makan tengah hari. Selepas itu ayah saya hantar saya ke tempat yang saya berlatih. Pada pukul 7:30pm Konsert itu pun bermula. Saya nyanyi lagu Ji Saw Sam Pau, I will Follow Him dan Sha lalalala. Saya sungguh gembira.

Kem Lambaian Danau & Karnival Jom Heboh



Abang - abang saya dan ayah saya pergi ke Kem Lambaian Danau,Jasin untuk berkhemah dengan pelajar - pelajar KPM .Saya,adik saya dan mak saya tidak pergi ke sana pada hari pertama dan kedua. Kami pergi ke sana pada hari ketiga sahaja. Di sana, abang saya telah menyertai berbagai - bagai aktiviti lasak.Pada hari ketiga, abang- abang saya telah merentasi tasik secara berkumpulan. Mereka hanya menggunakan pelampung yang disambung dengan menggunakan tangan & kaki.Saya dan adik saya bersama ayah mengikut kumpulan mereka dengan menaiki bot.Selepas aktiviyi itu, kami berenang di dalam tasik sebelum makan tengahari. Selepas itu, kami pergi ke Karnival Jom Heboh, di MITC.Saya sangat gembira walaupun letih.