Thursday, April 2, 2009

Kem Lambaian Danau & Karnival Jom Heboh



Abang - abang saya dan ayah saya pergi ke Kem Lambaian Danau,Jasin untuk berkhemah dengan pelajar - pelajar KPM .Saya,adik saya dan mak saya tidak pergi ke sana pada hari pertama dan kedua. Kami pergi ke sana pada hari ketiga sahaja. Di sana, abang saya telah menyertai berbagai - bagai aktiviti lasak.Pada hari ketiga, abang- abang saya telah merentasi tasik secara berkumpulan. Mereka hanya menggunakan pelampung yang disambung dengan menggunakan tangan & kaki.Saya dan adik saya bersama ayah mengikut kumpulan mereka dengan menaiki bot.Selepas aktiviyi itu, kami berenang di dalam tasik sebelum makan tengahari. Selepas itu, kami pergi ke Karnival Jom Heboh, di MITC.Saya sangat gembira walaupun letih.

No comments: