Monday, December 22, 2008

Tentang Hamsterku


Semasa hari jadi saya ayah saya membeli dua ekor hamster. Seekor bernama STACY dan seekor lagi bernama MILA. STACY berwarna pic dan putih dan MILA berwarna coklat. Ayah membeli sangkar yang cantik berharga RM45.00,makanan dan shampoo. Setiap hari saya memberi mereka makan. Setiap tiga hari sekali saya membersihkan sangkar dan memandikan mereka. Saya sayang mereka kerana mereka comel. Saya membawa mereka ke rumah datuk dan nenek saya di Kuala Sungai Baru. Semasa nenek hendak mengambil STACY,dia telah menggigit jari nenek. Saya juga membawa mereka ke Taiping,Kelantan dan Terengganu. Pada hari Rabu,17 Disember 2008,STACY dan MILA telah hilang. Semasa saya hendak keluar berjogging,saya dapati pintu sangkar mereka telah terbuka. Saya tidak tahu apa yang telah terjadi dengan mereka. Mungkin mereka telah lari atau di makan kucing. Saya mencari mereka tapi tidak jumpa. Saya sungguh sedih kerana kini hanya tinggal sangkar mereka sahaja. Saya telah kehilangan hamsters yang saya sangat sayangi.

No comments: