Friday, June 5, 2009

Jalan-jalan



Sempena Hari Jadi ibu saya, saya dan keluarga saya pergi ke Cafe Botanikal. Sebelum itu, pada waktu pagi saya dan adik saya buat kad untuk ibu saya. Selepas itu saya dan keluarga saya pergi ke Cafe Botanikal untuk makan tengah hari. Semasa saya makan adik saya kata pada ayah saya 'ayah selepas ini boleh tak pergi zoo'. Selepas makan saya dan keluarga saya balik. Pada waktu malam saya dan keluarga saya pergi ke zoo. Bila dah sampai ayah saya pergi beli tiket dan saya nampak burung Tiong Mas. Masa itu dia cakap hai dan assalamualaikum, saya pun terkejut. Rupa-rupanya dia Burung Kakak Tua. Selepas tengok Burung Kakak Tua, saya nampak buaya. Selepas itu saya nampak monyet tetapi tidak beberapa nampak. Selepas itu saya dan keluarga saya pergi naik train. Selepas menaik train, kami semua menunggu beberapa minit. Selepas itu train itu pun jalan. Mula-mula saya nampak Ziraffa,Zebra,Rusa,Lembu,Unta,Seladang Harimau Kumbang dan haiwan lain-lain berasal dari Africa dan India. Seterusnya train itu pun berhenti, selepas itu semua orang kena jalan kaki. Mula-mula ada harimau kumbang, Harimau yang sangat banyak dan Singa. Selepas itu kami semua tengok Memerang. Seterusnya kami semua melihat buaya ada yang kecil, ada yang besar. Selepas itu kami menaiki train balik. Selepas itu kami pergi ke Mini Safari. Di Mini Safari ada haiwan Ziraffa dan Zebra sahaja. Saya berasa seronok sangat kerana ayah saya bawa saya jalan-jalan.

1 comment:

Hairul Azizi said...

bagus la adek izzuddin ni.. hargai ibu sendiri..