Thursday, May 21, 2009

Hari Kecemerlangan Dan Asrama Terbuka



Pada 16/4/2009, Saya dan Ibu saya pergi ke asrama murid-murid ibu saya. Mula-mula, saya dan ibu saya pergi ke Asrama Perempuan. Saya melihat kakak-kakak itu membuat corak yang cantik. Selepas itu saya dan ibu saya pergi ke Asrama Lelaki, mula-mula saya dan ibu saya pergi ke dorm 2A6. Dorm 2A6 ialah dorm murid-murid ibu saya. Pada 23/4/2009 sekolah ibu saya mengadakan Hari Kecemerlangan Dan Asrama Terbuka. Pada waktu pagi saya dan ibu saya masuk di dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah. Pada 7:30a.m, semua ibu bapa dan murid-murid masuk di dalam Dewan Sultan Muzaffar Syah. Ibu saya suruh saya masuk dalam dewan. Selepas itu murid-murid bermain Alat Music seperti Trumpet,clarinet,seruling,dan sebagainya. Pasukan wind orchestra, gamelan dan diki rbarat membuat persembahan. Saya juga melihat pameran-pameran di luar dewan. Saya menjawab kuiz,membuat puzzle,dan silang kata. Saya mendapat hadiah seperti pen dan buku nota. Seorang pelukis telah melukis wajah saya. Setelah saya makan tengah hari,saya pun balik

No comments: