Saturday, February 14, 2009

SEHARI BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA



Pada 14 Februari 2009, Angkasawan negara telah datang ke Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah. Angkasawan itu bernama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaphar. Beliau ialah angkasawan Malaysia yang pertama. Selepas sarapan pagi saya masuk ke dalam dewan dan saya tangkap gambar di dalam dan diluar dewan. Dr. Sheikh Muszaphar masuk dalam dewan untuk mengambil gambar. Saya juga mengambil gambar di luar dewan bersama kawan saya.Dr SMS tiba pada pukul 10 pagi. Semua murid sangat gembira kerana dapat bertemu dengan beliau.Perasmian kempen membaca di mulakan dan semua murid mendapat sebuah beg berisi buku. Dr. Sheikh Muszaphar seorang yang tingi dan kacak. Dr. Sheikh Muszaphar kemudian memberi ceramah motivasi tentang pengalaman di ISS[International Space Station].Beliau menceritakan gasing boleh berputar selama 2 hari di sana. Dr SMS juga menunjukkan video cara mandi,cara sembahyang,dan lain-lain di angkasa. Beliau menasihatkan semua murid supaya tidak takut dan belajar bersungguh - sungguh jika ingin menjadi seorang saintis dan angkasawan.Selepas ceramah motivasi saya membeli poster dan saya mendapat tandatangan beliau.Saya juga berpeluang mengambil gambar bersama Dr. Sheikh Muszaphar. Saya sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan angkasawan negara secara dekat. Saya berharap saya akan menjadi seorang yang berani dan bijak seperti beliau.

Wednesday, January 28, 2009

HARI KELUARGA.


Pada 24 Januari 2009 kami sekeluarga pergi ke Port Dickson untuk Hari Keluarga. Kami sekeluarga pergi ke sana selama 3 hari. Saya dan keluarga sampai di Port Dickson pada pukul 10:00pm. Kami menginap di Rumah Peranginan TNB. Semua keluarga sebelah ayah saya iaitu Mak Yong,Pak Anjang,Pak Andak,Mak Nyah,Mak Chik dan Opah serta keluarga masing-masing. Kak Nini,Abang Nas,dan Kak Jijah juga datang. Saya berjumpa dengan sepupu-sepupu saya seperti Syaza,Farhan,Shariffudin,dan abang-abang lain. Keesokan harinya, adik-beradik saya mandi kolam dan laut tetapi saya demam selama 2hari. Jadi saya bermain games di bilik permainan dan menggunakan laptop ayah. Saya juga duduk di dalam khemah di pantai. Pada hari ke 3,barulah saya dapat berenang dan bermain gelongsor. Saya sungguh gembira.

Friday, January 16, 2009

HARI PERTAMA SEKOLAH.


Pada cuti ayah dan mak saya belikan baju dan beg baru yang berwarna coklat. Saya sungguh gembira. Hari ini pertama sekolah. Adik-beradik saya pergi ke sekolah. Abang saya,Hafiz bersekolah di SMAK Ayer Keroh. Saya,Hazim adik saya, Haziq abang saya bersekolah di SKAK Ayer Keroh. Di sekolah saya berjumpa dengan kawan-kawan seperti Khairul,Farhan,Luqman dan Raziq. Saya masuk kelas 3 Bijak.Guru kelas kami ialah Cikgu WAN AHMAD SYUKRI BIN AHMAD. Saya duduk dengan Khairul dan Farhan. Azam pada tahun 2009 ialah untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat nombor 1-10. Pada petang saya pergi ke sekolah Agama. Saya masuk kelas 3Alif dan guru kelas kami ialah Ustaza Ikhfah. Saya duduk dengan Izad. Azam pada tahun 2009 ialah mengekalkan nombor satu.

Saturday, December 27, 2008

Pertandingan Mewarna.





Saya dan keluarga pergi ke MITC untuk mewarna.Saya dan adik-beradik menyertai pertadingan mewarna. Selepas itu kami pun mewarna. Selepas habis mewarna kami semua kena jawab soalan matematik. Selepas menjawab soalan matematik kami hantar ke Pihak Penganjung. Selepas itu saya tunggu keputusan. Selepas menunggu keputusan saya pun kalah.Saya sungguh sedih.

Friday, December 26, 2008

MENARA TAMING SARI



Saya dan keluarga pergi ke MENARA TAMING SARI pada waktu malam.Selepas itu abang saya beli tiket. Selepas beli tiket kami pun naik MENARA TAMING SARI. Selepas itu MENARA TAMING SARI itu pun naik. Sampai diatas, saya dapat melihat pemandangan bandar Melaka pada waktu malam. Pemandangan sangat cantik.Saya sungguh gembira. Selepas itu kami mengambil gambar di Eye on Melaka pula. Terdapat banyak lampu - lampu yang cantik di situ.

Tuesday, December 23, 2008

Hadiah Kecermerlangan


Pada 8 November 2008,saya telah menerima hadiah kerana saya telah mendapat tempat PERTAMA dalam peperiksaan akhir tahun Sekolah Rendah Agama JAIM Taman Tasik Utama. Saya menerima sebuah beg sebagai hadiah. Saya sungguh gembira. Dalam majlis itu,abang saya telah membuat persembahan choral speaking sebagai konduktor.
Pada 12 November 2008,saya telah menerima dua hadiah pada Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh. Saya telah mendapat hadiah untuk matapelajaran terbaik MATEMATIK kerana saya mendapat 100 markah dalam peperiksaan akhir tahun. Saya juga mendapat hadiah PENINGKATAN TERBAIK. Saya sungguh gembira dan akan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat hadiah lagi pada tahun hadapan.